Tips Pertama-Mencari kawan yang selalu dekat dengan Allah. Kawan2 mcm ini antum boleh cari di Perpustakaan ataupun di Surau.
Tips Kedua-Masuk persatuan2 yg byk memberi manfaat pada kita yg byk buat kita muhasabah diri Contohnya (Haluan Siswa)..Persatuan ini banyak menjalankan aktiviti yg byk mendekatkan diri kepada Allah
Tips ketiga- Banyakkan dengar tarbiah dan memuhasabah diri sendiri
Tips keempat-Fokus kerana dekat U pling byk perkara jahiliah berlaku oleh itu jauhilah dan byk dekatkan diri pada pencipta kita Allah( ana pun xtaw samada ana cukup kuat utk tempuhi but ana akan cuba)
Tips Kelima-Jadilah Alim Mujahid(pejuang yg bersungguh) dalam menmpuhi alam Universiti..Ana nasihatkan ini untuk antum dan diri ana juga
Baiklah itu yg ana dpt anyway dekat situ juga kita mmg xde r aktiviti campur lelaki dan sahabiah(Wanita).Jadi pergaulan pun terjaga.Walaupun yg masuk Kem tu Majoriti org Utara org Melaka cuma dua org Iaitu ana dan kawan lama ana Sek Sultan Muhammad namun itu bukan alasan untuk ana menambah kenalan.
Baiklah sekarang SEBARKAN CINTAMU
Apakah maksud ana Sebarkan Cintamu?? mesty antum semua tertanya2.Baiklah ini adalah tajuk sebuah novel yg ana habiskan dalam masa seminggu.Maklumlah dah bekerja xde byk masa nak baca novel ini.
Baiklah novel ini sesuai untuk siapa yg rasa dia dah bersedia sangat nak kahwin or rasa dah xdpt tahan nak kahwin..Ana berkata begitu kerana ramai remaja generasi Y kini terlalu sibuk ingin berkahwin so dalam buku ni ada mengupas tentang kahwin and POLIGAMI.Act more on poligami.Di dalamnya juga penuh dengan hadis dan firman Allah. Oleh itu, sesiapa yg berkata 'Perempuan Terseksa Jika Suami Berpoligami' Ternyata salah sebab kaum Adam akan lebih terseksa jika ingin berpoligami oleh itu ana cadangkan kepada lelaki yg ada terlintas ingin berpoligami better baca Novel ini.Untuk kaum Hawa yg merasakan Poligami menindas mereka pun wajib membaca buku ini kerana Islam byk membela Kaum Hawa jika Kaum Adam ingin Berpoligami..
Jika si Isteri tidak mahu diduakan dia boleh meminta untuk diceraikan..Ianya dinamakan Khulu' bererti tanggal. Menurut pengertian syara' Khulu' adalah : Penceraian yang diminta oleh isteri dari suaminya dengan memberi wang atau sebagainya. Di kalangan masyarakat Melayu, Khulu' juga membawa maksud "tebus talak", perkara ini berlaku disebabkan beberapa hal yang tidak disenangi oleh isteri terhadap suaminya.
Sebahagian dari perkara-perkara yang menyebabkan Khulu' adalah:
- Jika kedua pihak khuatir tidak dapat melaksanakan hukum Allah.
- Jika isteri khuatir beliau tidak dapat mentaati suaminya.
- Jika suami khuatir isteri tidak dapat melaksanakan perintah suami sehingga berlaku kekerasan terhadap isteri.
OK ana rasa sampai disini sahaja r coretan ana insyallah di lain waktu ada lagi penulisan Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment